ChocolatiBell

ChocolatiBell
To my dearest frens...sila la ke blog Bell HomeMade Chocolate And Gifts...

Jangan Tinggal Solat!!!!!

Masa itu Emas..so jgn buang masa..:)))

Ahad, Disember 13, 2009

BEBAS.....





Gambar boleh menceritakan segalanya....cerita suka duka,gembira sedih...segalanya boleh kita ceritakan dalam gambarkan.....segala yang tersirat dan tersurat ade didalamnya.....cuma sebagai seorang insan yg diberikan akal boleh menafsirkannya,...dan setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza....dan begitulah dalam kehidupan ini....setiap orang ada ceritanya tersendiri dan yang pasti setiapnya mempunyai cerita yang berbeza juga....dalam meniti liku2 kehidupan dan sebagai seorang pelakon yang mempunyai watak dan peranan yang dimainkan berbeza jalan cerita dipentas dunia ini akan jadi lebih menarik dan berbagai-bagai untuk diikuti,dirasai dan ditempuhi....kisah hidup akan menjadi menarik jika semuanya indah dan bahagia....kisah hidup juga semestinya akan terselit kisah duka bagi menambah perasa dan rencah kehidupan seorang manusia dan Hamba Allah di muka bumi ini...adakalanya selesa untuk berkongsi..ada masanya suka untuk bersendiri...ada tikanya ingin BEBAS di langit tinggi....emmm....freeezzzz.....tapi bebas sangat pun ada juga kisahnya....ada juga pancaroba yang harus dilalui...apa jua yang dihadapi perlu ada kekuatan dalaman jiwa rohani mental fizikal.....huish...memang payah...hanya yang sudah menghadapi dan laluinya sahaja akan tahu rasanya....apapun...doa tetap dipanjatkan agar punya kekuatan dalam menempuh segalanya....dah keyakinan dalam diri bahawa apa yang dilalui...ujian yang diberi..ada hikmah yang tersembunyi....cuma...masih menantikan saat dan ketikanya....INSYAALLAH....:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Disember 06, 2009

ANDAI ITU TAKDIRNYA....



akhirnya.....inilah yg novel yg asyik sold out je bila aku nk beli...kali ni dapat je novel ni aku terus beli.grab terus.....mmg touching this novel lor...patut la ramai kata yg best....memang tk dinafikan...love it this novel....liku2 perjalanan seorang wanita bernama aleya...tp bab yg paling aku menyampah harus ke seorang manusia yg sama merah darahnya masih memandang kepada taraf,pangkat dan kekayaan..cukup benci tul aku..tapi tk dinafikan masih ade lagi manusia2 seperti itu dimuka bumi ini...tp berkat kesabaran segala penghinaan,kesusahan kesedihan dan segalanya dapat dihadapi kerana redha Andai Itu TakdurNYA....emmm....apapun aku enjoy this novel...very da best...yg pasti rak buku aku bertambah dgn bermacam2 genre buku....:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, November 16, 2009

Buku Ilmiah......berbaloi2...




Buku ni dah lama aku admire nak beli sejak aku berkawan dengan penulisnya di FaceBook dan aku mengikuti cerita2 ilmiahnya di blognya iaitu kak Suzana Ghazali yg tak pernah lokek denga ilmu yang sentiasa ingin dikongsikan bersama2 rakan2nya....itulah namanya pencinta ilmu..ade ilmu disebar dan dikongsikan bersama...buku ni aku amat puashati dan aku rasa amat berbaloi membelinya....bahasa dan penerangan yg amat mudah tuk difahami..contoh2 yg diberikan mmg bertepatan dengan isu terkini....aku rasa selesa membacanya....dan aku sedar akan hak dan fungsi sebagai seorang wanita disisi agama,keluarga dan kehidupan....insyaAllah.


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, November 09, 2009

Projek terbaru sebelum akhir tahun



ni le projek terbaru...ni semua samsmel terlibat..tak sabar rasanya...heh..kdg ade faedahnya juga bila kite ber facebook ni...jupe semula kengkawan lama..super senior yang tak pernah jupe pun jupe...so akhirnya kak hasmera decide tuk wat reunion..aku ok je...seronok je nak together ghater ni... i like..berdebar2 rasanya dan sekali lagi aku dipertanggungjawabkan untuk memujuk batch aku ni..adoyai agak liat sikit..mcm2 alasan..segen megan la..malu palu le..adoyai..yang aku pelik nape aku tk segan..hahah..takkan disebabkan aku ni tak malu..haish aku ni pemalu ape..kikiki..cuma bila bab reunion ke gathering ke aku mmg bersemangat..bukan apa..banyak faedahnya...ukhuwah bercantum semula..bertukar pendapat..hah yg paling best transformasi dari kawan2...tu yg best..apapun aku harap gathering kali ni success....leh way acara tahunan kan...success to our team...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, November 01, 2009

NOVEL LAGI>>>>huhu



semalam aku pi alamda with my kezen...saja je nk release..mulanya nk pi tengok Permata Hijrah nya booth..tp ramainya orang...nk cari parking pun susah....last2 we all decide tengok wayang le..'PAPADOM'....heheh..mmg seronok cite ni..sakit mulut aku dok ketawa jerk...satu ungkapan dalam citer ni..."jangan terlalu emosi dengan tanah"...wakakkaak..pecah perut aku..watak semuanya selamba....ok la untuk hiburan keluarga...gaamaknya aku dan keze kekadang cannot control our laughing..adesss..ni kalo kat umah nu mau tk hengat dunia gelak ni nasib baik kat tempat awam...huhuhu...sementara menunggu time menonton seperti bese tempat yg tak pernah aku lupa untuk singgah di Alamanda 'kedai buku MPH'...kdg2 aku tk beli pun bukunya sekadar membelek..kalo tk cukup budget bulan depan leh beli..aku tanya stok buku yg aku cari minggu lepas..stok dh ada..wah seronok aku...tapi aku tertarik nga satu buku ni..hahaha..alamak sekuel le dari ombak rindu dan cinta..tiada akhirnya..adess berbelah bagi lak...aku mesti tahu kesudahan cite antara izzah dan hariz ni....nampaknya penyakit aku dh dtg semula..pemyakit gilerr novel...harus mak aku bising kalo die tahu nih..sebab aku kalo dh mengadap novel aku akan tenggelam dgn dunia aku..selagi tak habis aku tak puas hati..mahu tahu kesudahannya...ermm..kahirnya dengan hati yang berbelah bahagi aku beli novel rindu cintaku dan dalam masa satu hari aku habis membacanya...walaupun banyak gangguan aku tetap nk habiskan novel ni..heheheh..apapun ini le salahsatu terapi untuk aku...aku hepi sudah...heheh...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, Oktober 27, 2009

Latest Novel



masa otak aku breakdown ritu aku gi alamanda cari novel tuk release kan otak aku ni...tu le keje aku bile tensen...aku akan carai bahan tuk membaca...last week mmg aku down sangat...sib baik this week aku ok ckit...actually aku nk cari novel lain tp dah soldout..aku tertarik dengan tajuk novel ni "LANTERA MUSTIKA"....cahaya mustika..novel ni mmg best...buka setakat jalan cerita yang menarik dan cerita percintaan dan hubungan sesama manusia shj..tapi byk ilmu yg leh kita dapat kat sini...aku enjoy la dgn novel ni...

RINDU.......

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

baru 2 hari mak abah tkde tapi rindunya aku....sunyi sepi dan tk bersemangat rasanya....tp kucuba juga...hanya doa kuiringi untuk mak abah....kata org bila dekat bau kentut dah jauh bau wangi tp tuk makabah aku bau wanginya...heheh..pepandai je temanku tuh bg pepatah,,...mana ntah dia dpt....emm..rasa tk best sejak lastweek..macam2 terjadi...lepas ni ape le lagi....kdg2 nk buat kerja pun malas..no spirit...tk macam dulu....ermmm mencari semula diriku yang dahulu...:(
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Oktober 22, 2009

Panggilan Haji

"lambaian kaabah seakan memanggil umat Islam...perkumpulan ibarat dipadang mashyar kelak ibarat juga sebagai satu latihan dimana di kota suci ini tiada apa yang membezakan sesama insan..samada kaya atau miskin,cantik atau hodoh...semuanya sama disis Allah kecuali iman dan taqwa akan membezakannnya..sesugguhnya amat beruntung insan yang dapat menunaikan Rukun Islam yg kelima ini..alhamdulillah"

Mak dan abah juga adalah antara jutaan insan yang akan menjadi tetamu Allah dikota suci Mekah untuk tahun ni....Tarikh untuk berangkat pada 25/10/2009 pada jam 3 petang ahad in..disebalik kegembiraan menerima berita itu aku rasa sedih dan sayu...aku gembira kerana hajat emak dan abah untuk menunaikan haji di tanah suci kota mekah terlaksana....dan aku sedih untuk berpisah dengan mak dan abah walaupun hanya untuk sementara..lebih kurang 45 hari..tak pernah aku berpisah dengan mak abah selama ini..dulu masa belajar pun paling lama 2 minggu itu pun aku kerap bertanya khabar...dan sudah semestinya aku akan berasa sedikit kehilangan..selama ini aku akan berkongsi segalanya dengan mak...leteran mak kemarahan mak pada aku yg dh besar panjang ni pun aku masih aku merasakan aku memerlukan perhatian dari mak dan abah..sememangnya aku kadang2 rasa tk mampu menghadapi ini semua..tapi aku tau semua ini adalah satu tuntutan dan kewajipan sebagai umat yg beragama Islam....cuma aku rasa tiada mak abah disisi satu kekosongan pula..itu satu bab....anak2 aku yg rapat dengan mak abah..emmmm..camne la nanti masa hantar mak ni...esok kami nk buat sedikit kenduri..perkumpulan adikberadik saudara semua.....Ya Allah...Berilah kekuatan dan ketabahan..dan semoga ibubapa selamat pergi dan balik dan semoga urusan mereka dipermudahkan dan lindungilah kedua ibubapaku...amiin ya Allah...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Oktober 19, 2009

Berakhirnya Syawal...

Hari ni 30 Syawal bermakna ari ni adalah hari terakhir umat islam menyambut eidulfitri...so tamatlah segala rumah terbuka dan sewaktu dengannya..yang paling tk berapa nak best time ramadhan berat turun bila masuk je syawal huhu..berat badan naik berganda2 plak(termasuk aku le tuh...ngeh2).....dan dalam syawal ni macam2 perkara yang berlaku..yang dijangkakan yang tidak dijangkakan..yang penuh spekulasi yang indah yang sedih yang suka dan bermacam2 lagi la...aku bermacam2 keadaan yang aku tempuhi...jumpa sahabat2 lama...sedara mara yg dah lama tak jupe yang dah bese jupe...ermm cuma aku rasa raya tahun ni happening sikit la....yang tak happening ade juga..ade yang dah berubah selepas raya ni...hairan juga aku ek...misscommunications..susah untuk dihubungi dan aku pun tak tau nape...so tuk mereleasekan ketegangan aku biarkan je la..sometime kita sendiri tak dapat mengagak kenapa ianya berlaku dan patutkah ianya berlaku sebab kadang2 tak tahu apa kesalahan kita..so what to do menanti dan terus menanti..jgn aku dianiaya sudah..hehe.apapun seronok dpt jupe member2 aku....bila la lagi dpt berjumpa...dan masih adakah syawal dan ramadhan untuk tahun hadapan...dipanjangkan umur oleh Allah bertemu kita lagi...bersyukur dengan ni'mat yang Allah beri sementara hidup didunia ini...bersyukur diberikan waktu untuk merasai kegembiraan dan keindahan bersama insan disekeliling..dan bersyukur diatas segala2nya....dan selepas ni bulan zulkaedah dan zulhijjah.menanti abah dan emak tuk menunaikan haji tahun ni..sedih lak tahun ni raya haji makabah tak bersama....ermmm..kesedihan...dh jadi teman dla hidup..kdg2 perlu untuk kita merasa sedih....ermmm...apapun aku mendoakan semua insan2 disekeliling aku aman dan bahagia hidup mereka..insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Oktober 12, 2009

MAJLIS HARI RAYA EIDULFITRI

Alhamdulilllah..majlis open house dirumahku semalam berjalan dengar lancar...seronok sangat dapat berkumpul dan berjumpa dengan kengkawan lama....ade kawan dari sekolah rendah..dari sekolah SMA ALKHAIRIAH...dr klik CGMTS...dan yg penting dari my reunion club..walaupun tak semua yang hadir tapi tetap meriah...pada mulanya aku nk buat jamuan untuk kelab alumni ku...ermmm..tapi macam ramai jer yg tak dapat hadir so nak memeriahkan suasana aku jemput juga kawan yang lain termasuk la member2 opis aku..lagipun ramai pula yg bertanya bila la aku nk buat open house so aku buat sekali....tk la buat banyak kali keje...apa yg penting aku dapat berjumpa dengan member2 yg memang dah lama tak jupa dan kehadiran seorang teman yang amat beerti dalam hidup aku....terima kasih kerana sudi dtg....teruja sgt die dtg dan dialah antara yang terawal yang datang....ermmm...lewat malam baru habis....memang le penat....tapi penat2 pun susahnya nk lelapkan mata..adoyai...ape lak yang aku fikirkan ni....terima kasih dengan pak cik makcik sepupu sepapat yang datang untuk membantu masa majlis ni....semoga selepas ini ade sesuatu yang lebih baik akan hadir...insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Selasa, September 29, 2009

syawal dan puasa sunat enam....

Abu Ayyub al-Anshari radhiallaahu 'anhu meriwayatkan, Nabi shallallaahu
'alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan
Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal,
maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun." (HR. Muslim).


Hari ni dah 10 syawal...semalam aku abah man dan uwan dah start berposa enam...seronok posa reramai ni..rasa cam ramadhan pula bila berbuka...uwan pun tk pernah posa enam dirumah den tp tahun ni uwan posa kat umah den....uwan pun dah tk berapa sihat..demam2 pun uwan nak posa..mak den koba kalo tk larat takyah le posa...tp bese la uwan den ni kuek semangat nk posa....emm..bukan selalu dapat buat posa enam ni di bulan syawal ni je la dapat buat so jangan terlepas...semoga Allah membekati amalan dan ibadahku..amiin..

Dan di antara manfa'at puasa enam hari di bulan Syawal adalah
amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan
mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa
bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang
yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab
tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan, sebab
mereka merasa berat, jenuh dan lama berpuasa Ramadhan.


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, September 21, 2009

SATU SYAWAL........

1 SYAWAL yang mulia penuh barakah,kegembiraan,kesedihan dan bermacam2 perasaan lagi...Syawal kali ini di rumah ku memang agak meriah...berkumpul bersama sanak saudara...bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara kami.anak2 bauah yang menanti untuk diberi duit raya...heheh..kali ni ade le rezeki anak2 buahku sebab aku bekerja..alhamdulillah..dan untuk kali ini aku merasa teramat dekat dengan kaum keluargaku..pertalian yang bertaut ukhuwah yang rapat antara kami aku rasa seperti disayangi...membuatkan aku lebih tabah dalam mengharungi segalanya.kata2 sokongan dan semangat dari keluarga menjadikan aku lebih tabah dan kuat ..mugkin dari satu segi aku kekurangan tapi aku tahu kasih sayang dari keluargaku tiada siapa yang dapat menggantikannya...dan apa yang lebih menggembirakan melihat wajah emak yang gembira kerana semua adik beradik dan anak-anak mak beraya dirumah mak abah tahun ni....anak2 buah mak bersama...aku tahu mak dan abah seronok dan gembira...dan kubur wan,mak ngah dan atuk diziarahi..dan lepas tu kami semua akan serbu kerumah mak llong...mak long memang seronok sangat le bila kami ni datang..memang begitu le setiap tahun....dan kadang2 dengan kemuliaan syawal ini sesuatu yang tidak disangka2 berlaku...pak ndak pie yg agak lama menyepi diri dan tanpa disangka2 muncul di satu syawal...alhamdulillah...itulah kegembiraan syawal....selain berkumpul dengan sanak saudara..ziarah menziarahai sanak saudara handai taulan....tapi kadanag hati sayu juga...tapi aku bersyukur matlamat untuk syawal kali ni tercapai...alhamdulillah....aku berdoa dana berharap semoga hubungan kekeluargaan yanag rapat mesra dan utuh ini kekal dunia akhirat..dan smeoga aku menemuisesuatau yang telah lama kucari..insyaAllah..amiin....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, September 17, 2009

Persiapan.....Syawal...

Hari ni aku dah start cuti..agak lama aku amik cuti ni...28 baru masuk keje smula..kata orang aku raya sakan tahun ni..yela baru tahun ni nak raya sakan...hehe..lagi le tahun ni semuanya balik ke ruamah aku...ibara mereka ni balik kamapung le kan...huhu..meriah memang meriah..dah lama tak semeriah ini...lagi2 bila amsing dah berkahwin dan beranak pinak...bila balik kampung sini ade lak yang balik kampung mertua so susah le berkumpul but this year we are together...memang penuh le my house this year...tak sabar sebenarnya..nak berkumpul dengan my siblings,cousins,pakcik makcik.....cuma bila time2 berkumpul camni aku teringat pada arwah nenek aku dan mak ngah aku...:(....pasti akan ada rasa kekosongan dihati...alfatihah.....dan yang pasti duit raya tuk anak2 bauah aku dah tersedia..insyaAllah....so dengan cuti awal yang aku ambil ni aku nak setelkan beberapa kejeku...besenya tiap2 tahun my famili tk pernah miss dari wat kek mangkuk ni..ni resepi turun temurun dari mak aku...mak aku dah tk larat dah nak buat kuih2 ni so kami le anak2nya takeover...tapi bab menghias dan mencantikkan rumah bagi le kat mak aku..ni tengah sibuk menegcat luar rumah...apapun keadaannya hari raya tahun ni aku seperti biasa..cuma dengan keseronokan anak2 aku yang membuatkan aku berasa seronok le juga...akhirnya...sempena syawal yg bakal menjelma ni aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDLFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN...semoga bergembira dilebaran nanti..insyaAllah...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, September 10, 2009

Simpati,Percaya,Marah atau apa ....

Semenjak kebelakangan ni aku selalu terserempak dengan bebudak yang kononnya mengaku anak yatim piatu datag dari kedah dan minta derma di kawasan stesyen minyak kt dengkil...sejak2 puasa aku rasa bebudak ni dh ade....emm..aku musykil sebenarnya..tol ke mereka ni anak yatim piatu...pertama kali aku tanya "betul ke adik ni yatim"..."betul kak" dengan nada meraih simpati....ditangannya ade pegang minyak balm n kalendar kot...atau apa ntah...bila tanya dtg dari mana...mai dr kedah..mak aih jauhnya korang minta derma..derma ikhlas tapi RM10...emmm..lg aku konfius ni...ari ni aku isi minyak lagi..jumpa lagi sorang tap dak lain lak..aku tanya ni derma tuk apa...dijawabnya derma tuk anak yatim..dari mana..dari kedah sah mereka ni dr tempat yang sama...aku tanya adik tak sekolah ke...sekolah kak....abis ari ni tak sekolah...umur saya dah 19 thn dh tk sekolah tu yang mai sini...pulak..tgk muka tak gaya pun...aku tanya nape jauh sangat sampai ke sini minta derma...nak tahu dia jawab apa...saya ditugaskan disini..mak aih...ni ape kess ni..sape lak yang tugaskan mereka ni..lagi satu kalau kita sumbang ayat2 akhir yanag keluar dari mulut mereka semuanya sama.."terima kasih,semoga Allah memberkati dan...blablabla(aku tak ingat..tapi mendoakan kebaikan..tu kire baguslah)...bila aku fikir2kan semula apa sebenarnya motif disebaliknya...sebab buka kat sini je ade tapi merata...semuanya aku rasa dalam lingkungan sekolah menengah..yang aku pelik kalau betul orang yang tugaskan mereka ni betul2 nak tolong anak2 yatim nape tal mereka yang usahakan sendiri..tapi tak pulak diberi pelajaran..kalau time cuti sekolah aku leh terima sikit la tapi ni time sekolah beb sah2 le bebudak ni tak belajar...tapi digunakan sepenuhnya dan diabdikan secukupnya oleh mereka yang mangambil kesempatan...aku simpati melihat adik2 yang macam peminta sedekah ni..tapi nak percaya aku susah sikit...betul atau satu penipuaan...aku jadi marah bila aku melihat dari pandangan aku yang mereka ni seperti digunakan dan diperbodohkan oleh manusia yang bijak tapi zalim...aku tak tahu la...tapi aku rasa tak sepatutnya semua ni berlaku...banyak lagi cara lain nak minta sumbangan...entahlah..bagi aku tak molej lagi2 anak2 gadis yang entah lah...terpaksa menebalkan muka..kdg2 tgk muka2 adik2 tuh bila orang menolak atau marah mereka kesian sangat....apapun aku rasa agak berbaloi la kalau satu hari duduk kat stesyen minya tuh...emmm..fikirlah sendiri...betul atau salah????

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Ogos 31, 2009

Merdeka yang ke 52

Hari ni Hari Merdeka yang ke 52..sambutan yang ala kadar hanya selama 40 minit kerana menghormati bulan ramadhan dan kes h1n1...emmm elok la tuh..kalao boleh biar setiap tahun sambutan yang ala kadar...huhu..tapi tak mungkinnya....aku ntah rasa biasa jer..cuma bila cite2 bab merdeka ni aku suka bila tv menyiarkan rancangan pasal sebelum merdeka...perjuangan,keperitan hidup,kepayahan dalam meneruskan kehidupan,kesengsaraan,ketakutan dan keberanian menghadapi musuh dan penjajah dan banyak lagi la....lagi2 bila tengok kezaliman komunis dan jepun..wah zalim yang amat sangat....arwah wan aku selalu citer pasal kehidupan dia masa zaman komunis..kata wan komunis memang zalim..meraka boleh bunuh ahli keluarga kita depan mata kita tanpa belas kesihan..agak2 aku lah kalau aku disituasi camtuh mau pengsan aku...ish tak sanggup aku....perjuangan yang belum selesai..bila fikir2 semula tentang kesenangan yang dilalui sekarang bersyukur sangat..alhamdulillah...walaupun tak le semewah mana tapi aku bersyukur dengan kehidupan sekarang..cuma apa yang menyedihkan bila ade le segilintir umat yang tak sedar diri...terikut-ikut dengan kehidupan penjajah...aku pun pelik...emm...apapun aku berdoa semoga aku tidak seperti mereka...fikiran yang dijajah lagi sukar untuk dimerdekakan..tak caya tengok la bebudak sekarang...macam2 aliran yg mereka ikut kekadang sampai tergeliat lidah nk menyebutnya...pelik aku..menjadi kebanggaan kalau dapat ikut budaya dan anasir buruk dari penjajah..aliran agama taknak ikut lak..tk up to date konon..kepala hotak agaknya tak up to date..hangin je aku....aku pun tak faham..kekadang makbapa sama bangga dengan anak-anak mereka tuh..katanya mengikut peredaran zaman dan tak ketinggalan..zaman dah maju..globalisasi...mengong jer semua tuh...doa2 sangat supaya anak2 aku terpelihara daripada benda2 yang buruk camtuh..mendidik anak2 zaman sekarang memang penuh mencabar...dan penuh dengan kesabaran..semoga aku dapat mendidik anak2 aku menjadi anak2 ayang soleh dan sentiasa mengikut jalan yang lurus dan diredhai...amiin...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Ogos 27, 2009

Wanita, Akal Senipis Rambutnya...

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terase sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya...

Apa yang tiada dalam Syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T
Didiklah mereka dengan panduan dariNya...

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka akan semakin liar...
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Kerana nantinya mereka akan semakin derita...

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang paling kekal...
Di situlah punca kekuatan dunia!!

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan bererti satu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan...

Wanita lupa yang hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan,
Tanpa iman, ilmu dan akhlak...
Mereka tidak akan lurus,
Bahkan semakin membengkok.. .

Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya...
Bila wanita menjadi derhaka,
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan.. .
Jinakkanlah dirimu kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. .

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah,
Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah. ..

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 26, 2009

Penantian....

Kata orang penantian satu penyiksaan...emmm...betul la tu kot.....sekarang dah 5 Ramadhan..alhamdulillah .....aku sebenarnya tengah susah hati..bukanla susah hati apapun...ye lah perancangan majlis berbuka puasa untuk kelab alumni samsmel6 ni lg 2 minggu jer..harap2 semua berjalan dengan lancar...perasaan ni sama macam aku nk buat majlis gathering bulan lima lepas..selagi tk selesai selagi tuh aku risau....yela bila sebagai ahlijawatankuasa dan dibantu dengan rakan2 yang lain semestinya aku mahukan yang terbaik untuk apa yang aku lakukan...walaupaun majlis kami ni tk le dibuat ditempat yang grand kat hotel ke ape ke..tapi yang penting bagi aku kami dapat berkumpul dalam satu jemaah...ukhuwah terus dijalankan..matlamat dan objektif kelab dapat dicapai....selagi tak selesai berdebar2 jerk aku ni...adesss....emmm....apapun aku nk ucapkan terima kasih kepada ahlijawatankuasa yang banyak membantu aku...kawan2 aku ni memang best senang bekerjasama dengan mereka..kadang2 terharu juga..yela ingat dulu lepas sekolah aku tk lagi bertemu dengan kawan2 aku ni...tapi sekarang berjumpa semula...aku rasa mseronok sangat....tu sebab aku mahukan kelab ini bergerak walaupun satu hari nanti aku tkde..walau siapapun yang akan menerajuinya..aku harap kelab ini akan terus bergerak dan berkembang dengan lebih baik lagi....lebih baik dari sekarang...insyaAllah...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 19, 2009

ALHAMDULILLAH...CAPAI TARGET

Betullah kata seorang temanku bila kita membuat sesuatu pekerjaan dengan istiqomah insyaAllah...semua boleh tercapai....dan juga dengan niat yang betul...selain itu berjadual dan sistematik dan mengikut la segala perancangannya..dan buat pertama kalinya aku membuat seperti apa yang telah diajar dan alhamdulillah aku capai target sebelum ramadhan kariim kutempuhi..gembira dan seronok sangat sebab ini lah pertama kalinya aku capai target aku tidak seperti sebelum-sebelumnnya..terima ksaih kepada temanku yang memberi tunjuk ajar dan nasihat serta cara bagaimana aku boleh capai target tersebut...syukran jazilan kathiran....lagi beberapa hari je lagi kita akan menyambut ramadhan karim dan aku semakin merasakan kehangatan suasana ramdhan itu..berterawih,tadarrus,berbuka bersama,juadah yang pelbagai..emm seronok dan tak sabar....moga2 ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas..insyaAllah dan aku harap kita semua dapat tingkatkan ibadah dan amal dibulan mulia ini dan semoga Allah memberkati amalan kita semua..insyaAllah...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Kerja Tertangguh vs Kerja Yang Mesti Disiapkan

Hari ni aku tk bawa kereta..abah nk hidupkan roadtax kereta arini..lambat pulak abah ni..boring lak aku menunggu..sesambil tu aku layan nasyid yg sememangnya aku suka sejak dulu hingga kini dari Hijjaz Damai Nan Indah,,i love it.....tadi ada meting kelab international house..aku kire fresh la coz br tahun ni join but i think it quiet intersting..new president bersemangat n hopefully segala perancangan terlaksana n as a member i'm always support dan sentiasa menghulurkan bantuan.....emmm kerjaku tertangguh lagi..tu la disamping tugas2 hakiki yang perlu dibereskan tanggugjawab dan amanah yang dipikul iaitu membuat akaun ni but i still have the another responsiobility to fulfill....sib baik akaun aku tggl sikit lagi jer nak setel....teringat fail meja aku diterima atau ditolak..lepas satu satu aku nk fikir nak susun jadual..mana yang perlu aku siapkan..rasa banyak sangat pulak aku nak buat..as a mother,worker,daughter,hambaNya dan for my club(samsmel6)...emmm lagi satu kerja tertangguh aku..emmm ingat sempat la aku nk daftarkan kelab minggu ni nampaknya tak sempat juga..semua dah ok cuma tinggal beberapa perkara yang perlu diedit dan dicantikkan sebelum aku daftarkan kelab..just one step tu make my dream cometrue...hopefully before majlis berbuka puasa nanti sempat la aku nak gi daftar...maksudnya semua ni kerja tertangguh yang perku disiapkan....emmm..harap2 dapat melaksanakannya dengan teratur dan lancar...malam kang nk pi umah along jap ade hal..actually hati tgh bengang ni tapi relax je la sbb aku tau sape diri aku..nak demand2 pun tak bleh kan..so pasrah je la....sabo le hati..yg penting hepi...jumaat ni ade projek kat sini sempena bulan posa ni...heheh..big projek...wait ya....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 16, 2009

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI...

Minggu ni aku rasa cam tak best..mcm2 yang berlaku..sedih bengang sakit hati...tapi yang paling sedey bila mendapat tahu ustaz asri ibrahin telah meninggal dunia pada 13 ogos 2009 hari khamis jam 11 pagi kerna serangan sakit jantung...mmg terkejut dan cam tak percaya je..tapi bila mengenangkan kembali yng hidup pasti kembali dan tidak dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat bila sudah tiba masanya maka doa dan alfatihah untuk arwah dan didoakan semoga beliau ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh dan beriman...insyaAllah....dan secara kebetulan tarikh tersebut adalah tarikh yang sememangnya tak ingin lagi aku ingati sepanjang hidup aku...biarkan tarikh itu mati bersama matinya hati ini untuk orang yang.....emmm biarlah rahsia...bukan sengaja mengundang duka di hati tapi kadang2 manusia2 disekililing mnjadikan kita camni...cuma doa dan harapan ku pohon ketabahan dan kesabaran sentiasa ada dalam diri...insyaAllah....yang pergi tetap akan pergi kita yag masih diberi peluang bernafas dibumiNya ini rebutlah peluang mengumpul sebanyak kebaikan dan pahala untuk bertemu denganNya(peringatan untuk diri ku juga yg kdg2 lalai dan alpa)...lagi beberapa hari shj Ramadhan Al-karim akan hadir...tak sabar rasanya...mgkn banyak perbezaan yang bakal terjadi..tapi aku sendiri pun tak tahu apa dia..harap2 biarlah yang menggembirakan...yang pasti projek buka puasa untuk kelab aku mesti jadinya...insyaAllah....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Ogos 12, 2009

KESILAPAN YANG BERULANG

Setiap manusia tk lari dari kesilapan..itulah ungkapan yang sering aku dengar sejak2 dulu lagi..betullah tuh..masalahnya sekarang kesilapan yang dilakukan berulang-ulang..emm sape nk jawab..aduhai...aku pun pernah juga termasuk dalam kategori ini..emmm payah sebenarnya..apabila kesalahn dan kesilapan yang dilakukan berulang2 ni...kadang2 boleh menimbulkan kemarahan,sakit hati,kecewa,sedih dan macam2 perasaan yang tak best yang akan timbul...emm time lu fikir la sendiri...lagi satu sikap buruk ni kan boleh membuatkan kepercayaan orang kat kita akan luntur sedikit demi sedikit dan kadangkala kemaafan pun tak bleh diterima..emmm..alamat kadang2 perang besar la dan boleh membawa kepada permusuhan...tapi nape bleh terjadi camni ek....emm pertama mungkin kita ni bertindak tanpa pemikiran yang waras...kedua bertindak ataupun membuat keputusan tanpa berfikir dan tidak memikirkan hati dan perasaan orang lain...ketiga kdg2 apa yang kita fikir tak sama dengan orang lain fikir..contohnya...kita anggap benda yang kita buat takde hal lah..sikit punya hal bukan ada apa2 pun...rupa-rupanya bagi org lain itu adalah satu kesalahan yang besar dan kadang boleh menyebabkan gunung berapi meletup..sendiri mau ingat...huhuhu...sebab ianya akan menimbulkan salah faham antara insan...manusia ni mudah berjanji tapi mudah juga lupa janji..buruk sikap tu..kenalah ubah...sekali dua bleh le org nak maafkan tapi bila dh masuk ketiga keempat dan seterusnya emmm jawab la sendiri ek...mmg betul kita ni hamba Allah yang lemah dan sentiasa melakukan kesilapan....dengan Allah juga sering buat silap..minta ampun buat lagi minta ampun buat lagi...emmm...tapi Allah tu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...dan bila kemaafan dari insan lain susah untuk diterima kita akan gunakan ungkapan ini..'sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula kita manusia biasa"...heheh..ayat power beb...dikesempatan ini aku minta maaf la kepada sesiapa yang pernah aku sakiti hatinya,membuat perasaannya terguris ke,kepercayaan yg dicalari,sedih dan kecewa aku minta maaf banyak...aku akan cuba perbaiki diri...sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk insan2 yang aku sayang dalam hidup..."please forgive me, i know not what to do,please forgive me if i need you like i do,believe me every word i say is true"....luv uols..muuaahhh...:)

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 09, 2009

KENDURI...SELESAI SUDAH......


acara pembungkusan..time ni aku le amik tender..yg lain semua tengok jer..sabo je aku..

ajun.....amik sangat gambo ko ni...hahhahaah...cover cun beb....


makan time...nyum..nyum...

fifi de dolce n viva de aurora...hehehhe..

peace no war....

majlis ni abg aku sendiri yg lead...ada bacaan yasin sekali...

menu utama kami...satay..emmm..sedap..nyum nyum...
Semalam umah aku buat kenduri doa selamat dan sempena menyambut Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi jer...kira kami ambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga....semua ada cuma maklong dan keluarga je tak dapat hadir...rasa kurang pula bila mak long takde....bese kami akan buat makanan yang berat2 tapi kali ni agak sempoi sedikit just satay,mee hoon,sekaya durian dan roti jala..kira kenduri satay la juga malam tadi...tapi bagi aku apa yang seronok bila my famili wat kenduri camni kami akan berkumpul...because all my cousin.pakcik makcik n me very close..sometime we are like friends...hehhe...memang seronok bile berkumpul..gamat le gamaknya rumah aku ni..kekadang sampai dua tiga pagi tak tido lagi..petang tadi semua dah balik...sunyi dah umah aku ni....penat2 memang penat...berkemas pun tak habis lagi...bese la nama pun kenduri kan..time2 camni teringat kat insan2 yg pergi meninggalkan kami sekeluarga..AL_FATIHAH untuk semua keluarga kami yg telah kembali ke rahmatullah.....nextweek umah mak anjang pulak..berkampung la pulak kami disana ek..ok families we meet there next saturday ok...luv uols...muaahhh...


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Ogos 06, 2009

Kezaliman dan Ketidakperikemanusiaan

Sakit hati aku bila baca surat khabar untuk dua ahari berturut2 ni..kisah bayi yang dibuang di tandas(sekolah agama lak tuh,,adess..malu tol) then semalam kuar lak lagi satu berita tentang bayi yg dibuang kat ne ntah dimakan biawak...astaghfirullah....tersirap darah aku membacanya...mana la nilai kemanusiaan insan sekarang ni...samapainya hati buat camtuh kat bayi yang tak berdosa,,...kalau taknk pun bg le kt org ke kat umah anak2 yatim ke..janji jgn dibunuh...ini dah macam zaman jahiliyah tau tak..ank perempuan ditanam hidup2..tapi zaman sekarang lagi dahsyat..lelaki atau perempuan dibuang hidup2...kalau ada yang terjumpa sblm meninggal kira nasib baik la kalau tak...emmm...innalillah....orang yang dah kahwin nk anak tak dapat anak sangat kesian..tapi ini dah le secara haram senang2 plak leh ngandung na kdg2 terberanak sorang..anknya hidup tapi dibuang..sifat yang lebih buruk dan hina dari binatang sekelian alam....emmm apa la kita nak buat ngan orang camni..kalau aku langgat jer sampai mati...tapi tu la..kita masih ade lagi sifat2 kemanusiaan..bila jupe dan dapat tangkap orang yang buat salah ni kite bagi kelas pemulihan lagi bagi insaf dan sedar...kalau tk sedar2 juga..emm menjawab la sendiri kat akhirat kelak...sebenarnya ini juga petanda dunia akhir zaman....emm...sama2 la kita menginsafinya....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Ogos 02, 2009

Konsert Antara Dunia...Marvelous....bombastic...meletup...


baru jer duduk...dapat barisan ke3 tuh...heheheh..

jupe lak junior aku dari kuis nih...

press conference after concert...

my faveret group....ade munif n isman jer...tak lengkap kan..ok la tuh...

raihan rabbani hijjaz shoutol harakah...

kumpulan nebrus..

Tuan Guru Nik Aziz memberikan ucapan....
Memang best konsert semalam...puas hati...lagi puas hati dan best dan tak disangka2 aku n ain dapat duduk kat seat VIP barisan ketiga...wahhh best giler...tiket dari En.mazlan teratak Hijjaz...Terima Kasih kepada En Mazlan hehehe...My dreams come true....pembukaan diserikan lagi dengan persembahan daripada persatuan tadika...banyak la tadika2 yang buat persembahan...memang so cute n sweet all that kids...lagi best adik yang bercerita sampai terbatuk2 bercerita...kemudian persembahan diteruskan dengan kumpulan khas didatangkan dari Mekah...Nebrus(betul ke ek..lebih kurang le)....mantop suara...tapi yang paling aku tak leh lupa disaat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat(menteri besar kelantan)melangkah masuk sebagai tetamu VIP....bila dia melangkah masuk terasa bagaikan ada aura yang susah nak aku terangkan dan gambarkan...tapi dia memang seorang yang tenang..dengan ucapan yg diberikan beberapa rangkap pantun yang mencuit hati dan perasaan dan punya maksud mendalam...Tuan Guru juga sebagai perasmi majlis malam tuh....bila 3 kumpulan nasyid gergasi ni memulakan persembahan Raihan Rabbani dan Hijjaz lagi lah gamat dan meriahnya..seperti satu reunion dari Nada Murni yang dah lama dinantikan kemunculannya....diserikan lagi dengan kumpulan dari Indonesia Shoutul Harakah memberikan persembahan yang amat bertenaga sekali..walaupun pertama kali mendengar dan melihat persembahan mereka tapi aku suka dan tertarik...memberikan semangat juang dalam hidup anak muda seperti kami...lagu pembakar semangat....konsert diselangselikan dengan persembahan pantomin,sajak dan mcm2 la...pengisian yang penuh dengan mesej islam,perjuangan,keinsafan dan banyak lagi yang boleh kita dapat...aku memang puas hati lah konsert ni...dan yang best aku dapat bergambar dengan kumpulan nasyid yang aku minat sejak dulu lagi..disamping itu aku dapat kenalan baru...kira ok la kan.....heheheh...apapun terima kasih la kepada yang telah banyak tolong aku dalam merealisasikan impian aku...hehhheh...syukran ek...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Julai 31, 2009

AKU MINTA MAAF

AKU TAHU AKU SILAP..AKU TAHU AKU SALAH...AKU TAHU AKU DAH BANYAK LUKAKAN HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN...MEMANG BETUL APA YANG KITA FIKIR TAK SAMA DENGAN APA YANG ORANG LAIN FIKIR..DAN TINGKAHLAKU,KATA-KATA,TINDAKAN AKAN MEMBUATKAN ORANG LAIN BOLEH SALAH ANGGAP...MUNGKIN AKU TERLALU MENGIKUT EMOSI DAN PERASAAN YANG BERLEBIH...AKU MINTA MAAF...AKU MINTA MAAF KAT SAHABAT2 AKU...TAK PERLU AKU MENTION SAPE NAMANYA DAN AKU TAHU DIA AKAN BACA NANTI...AKU MINTA MAAF...I'M REGRET WHAT I WAS DOING FOR BOTH OF YOU...SORRY AGAIN MY FRIENDS..I DON'T KNOW HOW TO EXPLAIN IT...I KNOW I'M BAD AND NOT GOOD ENOUGH BEING A FRIEND FOR U...AGAIN I'M SO SORRY....FORGIVE ME...Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Julai 27, 2009

Akhirnya....

Kadang2 dalam hidup memang sukar untuk kita dalam membuat keputusan..lagi2 bila berkait dengan hati,perasaan,hubungan sesama manusia..walaupun berat dan pahit dalam meneruskan keputusan itu tapi demi kebaikan semua pihak kita harus ikut juga keputusan tu....dan kadang2 kita nampak seperti manusia yang kalah walaupun pada hakikatnya kita tidak kalah...dan kadang2 ianya memerlukan pengorbanan yang besar dalam hidup kita dan adakalanya kita mengorbankan hati dan perasaan sendiri...biar pahit harus ditelan...aku memutuskan untuk tidak ada kaitan lagi dengan mereka..biarlah mereka dan aku dengan hidup aku...mungkin itu lebih baik..dan kadang2 aku terfikir untuk mendiamkan diri seperti 6 tahun lalu..aku tak tahu masalah orang dan orang tak tahu masalah aku...kecewa,sakit hati terluka semuanya aku rasa..biar masa yang dapat mengubati segalanya..apapun aku harap selepas ketiadaan aku kehidupan mereka lebih baik dan bahagia..aku????,,,...biarlah masa yang menentukan..aku sendiri sedang membina kehidupan aku semula...kadang2 okay dan kadang2 tak berapa nk ok...whatever life must go on....and always pray to Allah give me the strenght and spirit to my journey of life...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Meeting

Petang tadi aku ada meeting ngan AJK kelab kat Taman Warisan Putrajya..pelik aku ramai orang kat sini..mana lak aku nk parking ni...emm ada pesta makan buah2an rupa2 nya...patut la ramai lain macam je..terpaksa la aku parkinG di hujung tanjung tuh...menapak aku..sabo jela..ayu wati dah sampi dan ipin n epen juga dah sampai..heheh sori beb lambat sikit...epen bawa bodyguard kali ni..heheh...awek beb..doa2 kejinjang pelamin ye epen...kali ni tak semu yang hadir...cuma enam orang je yang datang...takpe la ok latuh..nk buat camne masing2 ada tanggungjawab masing..aku faham dan terima..dah ada yang datang ni pun cukup bagus..cuma perbincangan agak terhad la kan sebab tak semua bahagian ada...tadi cipta logo..logo yang irwan reka tuh kami touch up sikit...bagi nampak cantik...yang best motto tu la...'BERSATU SELAMANYA'..bak kata epen jika kita guna motto ni seolah kita dapat ingat balik kenangan dimasa silam dan kenangan ni akan kekal selamanya..dan disebalik tersiratnya persahabatan yang terjalin akan kekal bersama selamanya...wah..ko memang la epen penuh ngan makna...heheh...so kami putuskan guna bersama selamanya sebagai motto...alahai lupa lak nak ambil kat watie...emm tapi aku ingat rasanya...dan projek terdekat ni majlis berbuka puasa..harap menjadi...dan menjadi lebih baik dari reunion lepas..aku harap dapat solat terawih bersama..lagi best...habis meeting dalam kul 6.30ptg..sblm balik aku jenguk2 gak pesta tapi banyak buah yang dah habis...aku beli manggis je..aku beli tapi pengerusi bayarkan..heheh..die belanja la tuh tima kasih ye pengerusi...so semua berjalan dengan lancar terima kasih kengkawanku yang sentiasa support dan berikan komitmen untuk kelab kita..syukran jazilan...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Ahad, Julai 26, 2009

Kenduri

Tadi kami sekeluarga pergi kenduri rumah adik abah@acik kat cheras.Kenduri ni sempena cucu pertama acik anak along yang baru dilahirkan sebulan yang lalu bernama mohd naim...buat cukur jambul dan akikah sekali...seperti yang sudah kuagak atih mesti datang umah acik..walaupun atih duk jauh tapi if ade kenduri or event umah acik mesti datangnya..dah lama tk jupe atih...seronok plak rasanya..ramai orang kata rupa aku ade cam rupa atih...kalau jupe atih bese lah..gamatnya..heheh...atih ngan acik memang pandai masak..lauk rini memang sedap...lagi2 ade faveret aku..ayam sambal..masyuk la...anak aku si faqaiih bertambah la makan nasi serai atih tu..punya lah sedap...siap bawa balik bekal lagi..heheh..dan yang paling best sekali aku dapat resepi kek kukus dari atih...atih memang pandai buat kuih...merasa aku besday kek yang atih buat untuk pak cik...anak2 aku pun suka makan..so wanna try this cake before ramadhan so this syawal boleh lah what cup cake kukus versi aku lak..heheh..aising dah tahu buat..so tenyeh je la...heheheh...tak sabo ni nk try...tapi tak semua ada tadi...anak2 acik pun tak semua ada...angah kat langkawi ikut hubby dia..baya ke pahang...emmm dah lama tak jupe ucu,paklang,pak usu atan n pak ndak dan yang lain2...masing sibuk agaknya...hopefully raya ni dapat le jupe pakcik2 n makcik2 kesayangan ku..lagi satu kalau jupe ngan pakcik makcik n wan aku belah abah dialek mesti bertukar secara automatik...den kono la ikut caro pakcik makcik den borcakap...time ni jola pun hah nak guno bahaso ni..ari lain tak dapek do...hehehh..emm esok ada meting kelab...emm tapi tk semua dapat datang..ada yang kerja,ada hal...aku faham..so mana yang ado je lah esok ye...janji aktiviti kelab berjalan dengan lancar.dan aku hargai kepada sahabat2 aku yang tetap meberikan komitmen...sukses gitu...luv uols...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Julai 23, 2009

UGLY BETTY the end for this season 3


dah habis dah cite sibetty tuk season ni..tiap kali habis season mesti betty n danial putus cinta tapi yang bagusnya betty dapat kenaikan pangkat...tapi kesian danial kematian isteri masa dia dapat anugerah...aku suka cite ni coz of what watak betty yang cekal dan tabah..betty tak kisah apa pandangan orang terhadap dan kebiasaan sesuatu yang dibuat dipandang pelik oleh orang lain tapi mesti akhirnya membuahkan hasil...tak sabar nk tunggu musim baru..mesti lebih adventure kisah hidup si betty ni..ntah2 die lak bercinta dengan si danial...apa2 je la janji aku enjoy nagn citer ni...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

FACEBOOK

Lately aku selalu kat facebook...ramai pula kengkawan aku kat FB...bukan kengkawan ku je tapi senior2 aku dahulu pun ramai juga kt FB ni...mula2 aku tk minat sangat nk join FB ni tapi lama2 cam menarik plak...bukan menarik apa..kiranya aku ngan kwn2 sentiasa berhubung antara satu sama lain..zaman teknologi sekarang kan...yang jauh didekatkan..yang dekat dirapatkan..yang rapat dimesrakan...apa yang penting bagi aku ukhuwahfillah akan terus terjalin walaupun kat mana kita berada..bak kata semuanya dihujung jari..takda masalah..nak dengan taknak je...cuma sendiri la mau ingat..semua benda ada kebaikan dan keburukannya..pandai2 la nak mengawalnya...apapun perantaraan yang digunakan janji aku dan kawan berhubung antara satu sama lain...keep in touch...janji enjoy....heheeh...enjoy ke aku???

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Julai 20, 2009

Persiapan.....

Semalam Ahad my sis Ayu dan aku mengecat rumah..sebenarnya luar dari perancangan..kononnya tahun ni tknak le buat ape2...tapi bese la mak aku ni bila dh nak dekat je ghaye hah ade je perancangan terbarunya...hehehhe..dan bila dinding di rumah kami tu dah dijadikan papan hitam oleh cucu-cucu kesayangan En Ariffin dan Puan Mariam maka sesuatu perlu dilakukan..huhuhu..habis di lukis dengan bermacam2 kaedah sampaikan aku pun dh tk sanggup nk tengok...mungkin anak2 buah aku termasuklah anak2 aku sendiri ni kategori kreatif..huhuhu...disebabkan mata kami dan hati kami sakit tengok lukisan yang tak berapa nk lawa tuh so we all decide to make over our house...cewah cam dekor bersama eric plak aku rasa...tapi aku puas hati ngan warna kali ni because my feveret kaler...purple..heheh..my taste tu yg semangat nk cat tuh...letih juga le..tapi bila tengok hasilnya hilang keletihan dan penat lelah mengecat..dulu mak akan join sekali but for this time mak tidak dibenarkan masuk campur.ehehheh...bukan apa mak aku tak berapa sihat..so biarlah kami je yg buat....tapi warna ni mempengaruhi juga ek...kebetulan plak semua anak2 buah aku ade semalam..dan along cakap ni warna sekolah tadika mana ni...sabo je aku...punyalah ceria n cantiknya..tapi memang anak2 buah aku n anak2 aku seronok dan gembira semalam...macam parti plak...adess...camtu la gayenya bila semua dah berkumpul..ayat paling best sekali.."wahhhh cantiknyaaaaa"...hah memang cantik dan aku warning semuanya..lepas ni sape conteng dinding aku lekatkan korang kat dinding...jadi perhiasan la korang....emm tak tau le aku berapa lama leh cantik dan indahnya rumah ku itu nanti...tkpe sape buat lukisan tanpa kebenaran, mak lang potong duit ghaye koranng....huhuhuhu....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Julai 13, 2009

DUNIA SEPIKU

Bibir tersenyum hati menangis
Menutup segala resah dan duka dijiwa
Ketawa dipamer hati bersedih
Mengaburkan segala tangisan yang lara

Segala duka bukan mahuku
Segala kesedihan bukan pintaku
Segala kegagalan bukan impianku dan rancangku
Segala yang gembira telah lama berlalu
Segala yang indah sudah lama tidak kutemu

Tiada penghargaan,tiada kebanggaan
Puncak kejayaan semakin kelam kurasakan
Segala perancangan hilang haluan
Semua impian hanyut dilautan

Aku tetap berdiri kaku diruang ini
Berfikir,bermuhasabah mencari kesilapan dan kekurangan diri
Kupohon kekuatan dari Ilahi
Semoga tabah mengharungi hari

Menghitung hari melalui kehidupan ini
Kadang-kadang tiada kepastian dihati
Adakah kebahagiaan akan kutemui
Adakah akan ada sinar lagi dalam hidup ini
Kerana kurasakan diri ini semakin kecil dan jauh
Di dunia sepiku ini


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Julai 10, 2009

ERTI SAHABAT


Sahabat...satu perkataan yang penuh pengertian buat diri aku...aku memang ramai kawan dek kerana aku ni banyak tempat belajar dan aku mudah mendekati dan didekati...cuma bila sebut pasal sahabat tak semua orang bleh menjadi sahabat untuk kita...kata orang kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis..emmm ko menangis la sorang-sorang...tapi alhamdulillah setakat ni aku punya sahabat2 seperti ini..ketawa menangis suka duka sedih gembira bersama...bak kata orang cubit peha kiri peha kanan terasa...cuma silap aku 6 tahun lepas aku menyepi dari rakan2 seperjuanganku...aku mendiamkan diri membawa haluan hidupku sendiri tanpa pernah aku mengambil tahu apa yang terjadi kepada sahabat2 aku...aku akui itu satu kesilapan yang tidak dapat aku elakkan bagi menjaga hati dan perasaan orang lain yang susah untuk memahami situasi yang aku alami..takpe la biarlah aku mengalah..aku mengalah bukan kerana aku kalah tapi untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini terjadi...aku ramai sahabat..belaja di SAMSMEL aku ade geng otai aku...hah ni memang marvelous....satu kepala beb...masing2 dah kawin cuma yang sorang je kami dok tunggu bila la nak naik pelamin...aku bg hadiah besor kalu ko kawin...nama dirahsiakan...heheh...kat SMA ALKHAIRIAH juga punya sahabat...hah yang ni memang touching punya sahabat...kami gelar 3 serangkai...hhehe...nak tau nape..kami mmg close..dan they like my brother...apa-apa hal tentang aku mesti sibuk nak amik tahu...heheh...tapi banyak kisah disebalik persahabatan kami bertiga.....dan selama 6 tahun ada benda yang sudah lama tidak terungkai dan semalam bagi aku ape yang sentiasa tertanya-tanya di benak kepala sahabat aku ni dh kira setel..aku pun lega..dan aku mengharapkan selepas ini ade sesuatu yang baik berlaku..segala salah faham bagi aku dah dibetulkan...dan biarlah masing2 membuka lembaran baru...dan jangan ada sangsi..aku tahu korang the best couple in the world love each other so please makesure hepi always...melihat kebahagiaan sahabat-sahabat aku adalah kebahagiaan aku juga...aku amat menghargai persahabatan ini...dan terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kat aku disaat kejatuhan aku...bestfren abadan abada...masa kat kisdar aku temui sahabat yang akrab ngan aku...dari duk hostel hinggalah berpindah randah ke bangi kami akan bersama..masa tuh ikat perut sama2,takde duit nak naik teksi atau bas jalan kaki sama-sama,bleh kongsi makan2..sebantal...seronok plak bile ingat masa lalu...amat berharga sekali..rindu plak aku...dan yang paling aku seronok sekali hingga ke saat ini kami sentiasa menghubugi antara satu sama lain walupun tidak kerap...tapi pasti akan bertanya kaba...indahnya persahabatan bila disulami dengan keikhlasan..aku amat sayang dengan sahabat2 aku...susah aku susah mereka,senang aku senang mereka,sedih aku sedih mereka,gembira aku gembira mereka,bahagia aku bahagia mereka....semoga ikatan ukhuwah fillah ni akan berkekalan duniA dan akhirat..dan aku mengharapkan agar temanku memahami kerana aku ingin dia menjadi teman dan sahabatku disaat aku memerlukan..dan yang pasti samada teman sahabat atau kawan amat bermakna dalam hidup aku....SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP SAHABAT2 KU WALAU DIMANA PUN MEREKA BERADA...AMIIN


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Julai 06, 2009

H1N1...

Aku tak tau le H1N1 atau selsema babi ni wabak atau bala..aku rasa dah lebih sebulan isu ni makin teruk terkesan kt negara kita ni....konon2 semuanya terkawal dan jangan risau tapi makin lama aku tengok dan dengar berita terkini makin bertambah pesakit2 kat Malaysia ni..ntah2 dah ade yang mati cuma off rekod je...nak jaga nama baikkkan...emmm..aku pun tak faham le...bodoh atau buat2 bodoh...if dah tahu penyakit ni dari luar negara tak payah le dok sibuk2 nak pi luar negara duk je diam2 kat Malaysia ni..dan sekarang takut nk bawa anak2 aku keluar berjalan..mereka dah demam sikit je aku dah terus bawa ke klinik..takde nk tangguh2 ni..dan tempat keje aku ni pun kene tempiasnya..emm kena gak hati2 lagi2 baru je lepas pendaftaran student baru dari luar negara..emm..kot2 takut bertebaran segala virus yang pelajar2 ni bawa..dah le aku duk kat IO...emm doa2 je la tak de pe yang berlaku..pagi tadi staff PKU datang ketempatkami untuk cek suhu badan...emm aku cek sndiri pun bleh..ahaks...sepanjang pendaftaran kami kena pakai topeng..rimas nya la plak..dah macam ape je aku rasa...mujur aku kurang deal dengan student..apapun kena hati2 juga..mencegah lebih baik daripada merawatkan...Berdoa sangat semoga wabak H1N1 ni cepat berlalu.....aminn...

aku rasa dah macam pekerja kat spital je ni..kena pakai ni sebagai langkah2 keselamatan dan pencegahan...




ni la insan-insan yang terlibat dengan pendaftaran pelajar baru dari luar negara..masing2 diberi penutup tu...minggu tu memang le rasa cam keje kat spital je...dah le yang datang tu berbagai-bagai bentuk dan rupa dan ragam...perlukan kesabaran yang tinggi melayan kerenah pelajar2 luar ni..aku mmg respek dengan diorang ni....consisten masa buat keje dan tak pernah berkira...caya la korang...korang memang best....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Julai 01, 2009

Selamat UlangTahun Emak...sayang emak...


Hari ni hari ulangtahun emak yang ke 55 tahun...SELAMAT HARI ULANG TAHUN EMAK...pagi2 sebelum pegi kerja aku dah wish kat emak...emm..emak memang seorang yang berjiwa kental dan semangat yang waja..aku sememang kagum dengan cara mak mendidik anak-anak mak..mak memang tegas...tapi kasih sayang mak kepada anak2 mak tak berbelah bagi..aku tahu terlalu banyak penderitaan,susah payah mak dan abah dalam membesarkan anak-anak...segala susah payah mak tak pernah mengadu kepda orang lain..tak pernah meminta2 kepada orang lain..mak kata selagi tulang empat kerat aku ni berdaya aku akan berusaha demi anak dan demi untuk melihat anak2 berjaya...emak memang tak berpendidikan tinggi sebab mak tak berpeluang belajar kerana kemiskinan keluarga dan disebabkan itu lah mak berusaha gigih dan sanggup bersusah payah untuk melihat anak2 mak berjaya dan dapat mengubah cara hidup kami..tak perlu kerja kasar..kalau mak dulu menghamburkan keringatnya untuk kami sekarang mak nak anak2 mak kerja dalam aircond agar selesa,,,alhamdulillah mak dapat melihat kejayaan anak-anak mak..dan aku sentiasa berdoa agar Allah memberi peluang kepada aku untuk membalas segala pengorbanan mak terhadap aku dan adikberadik aku..beri aku peluang untuk memberi kesenangan dan kegembiraan kepada mak dan abah walaupun ianya tidak setimpal dengan apa yang nereka berikan untuk aku dan adik beradik...semoga Allah melindungi ibubapaku dan memberi keberkatan kepada hidup ibubapaku dunia akhirat...dan yang paling penting semoga emak dan abah dapat pergi haji untuk tahun ini..amiin ya rabb:)
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Jun 24, 2009

TRAGEDI.......



Panik giler aku petang semalam..kejadia yang berlaku dalam masa kurang seminit akuterlepas pandang anakku Faqiih...aku baru je cakap2 ngan dia tiba je die menjerit...aku ingat kan kenapa die tersungkur dan pegang kepala die...bila aku tengok je YA Allah darah tak henti2 mengalir daripada kepala faqiih...habis penuh kain tuh...aku tengok panjang nya luka dia...tak leh jadi aku terus je bawa pegi klinik Lingam...rasa nak terhenti jantung aku tengok anak aku camtuh..doktor yang tengok pun kata panjang dan dalam luka ni...lima jahitan faqiih kena...yang aku kagum n shock..bukan aku je doktor dan pekerja kat situ pun shock juga...sebab apa???sebab faqiih tak menangis ke meronta2 ke bila kena bius dan kena jahit...dia diam je pandang aku..aku cakap ngan dia..."faqiih jangan takut ye,pandang ummi..ummi ada.."..sesambil tu punyalah aku berdoa dalam hati dan berselaat banyak2 jangan apa2 la terjadi...aku pegang tangan dia sampai doktor habis jahit...tengah2 jahit tu pun darah banyak keluar...mujur la aku ni tak mabuk darah....doktor kata faqiih is brave boy coz tak menangis dan diam jer...aku pun kagum gak..apapun faqiih kena pantau 24 jam ni...takut ada apa komplikasi ke..aku berdoa sangat jangan la ada apa2 terjadi lagi..semoga semuanya selamat....balik dari klinik aku bersihkan badan dia dan bagi makan ubat dan dia terus tido..sayu aku tengok dia..teringat juga aku yang aku pun pernah kena jahit diklinik yang sama...emm then anak aku pula....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 22, 2009

KURSUS TEAM BUILDING

Jumaat lepas kul 3.30ptg aku bertolak dari UPM ke Melaka...aku ade kursus team building untuk staff dan pegawai pejabat Bendahari...lebih kurang 170 orang yang pergi..3 buah bas yang hantar kami pegi sana ke Hotel Century Mahkota...ade gak gi kenderaan sendiri..aku malas nak relax...duk sebelah jannah hah amik ko sepanjang perjalanan dok bercakap ngan aku...heheh...jenuh gak le melayang..tapi aku ok jer..sampai dalam kul 5.30

sempat berposing sementara menunggu pendaftaran dan nak ambil kunci bilik..aku,syidah,dani n jannah..

ni le penceramah kami Tuan Haji Azman b.Taher..memang best talk dia..tk boring langsung dan banyak yang bleh dipelajari dan diamalkan..yelah team buildingkan...meningkatkan semula produktiviti staff...ni le first time buat team building indoor je..but still fun,enjoy,interesting and more experience...

ni la kumpulan aku yg mmg sporting gila DA BEES...UP UP WE GO,UP UP WE FLYING HIGH BZZZZZZ...hehe..ni slogan nak sorakan kami..sampai serak2 le kami bersorak...

emm..khusyuknya wan,kak siti and kak zuraidah dari bintulu mendengar peneranga...fhm ke tuh...

ceweah hafis and muiz ye la korang tuh control macho ke dengar ceramah...menyelit je si ayukri tu...huhuhu


hasil kerja berkumpulan roket2 yang akan dijual...hheheh..ni bleh ke terbang roket tu kak limah oii...ade la dalam 9 buat roket terjual..emm tk untung pun..hehheh

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Jun 19, 2009

Adam & Hawa dan Dia Lebih Mengerti


ni kira aku maraton baca novel ni...lepas habis satu novel aku baca lagi satu...ni antara faveret citer aku 'kan kuterus berlari walau luka ini masih terasa...karya nohayati berahim memang best...kalau baca novel dia memang tak sabar2 nak tahu the end the story...bermula dari kawan dan melahirkan bibit cinta antara Umairah dan Syed Abid..umairah seorang wanita yang sederhana membuatkan Abid jatuh cinta kepadanya..konflik diantara Umairah dan ibunya...bapanya yang berkahwin lain tanpa pengetahuan ibunya...dan konflik keluarga dimana si isteri yang ego dan macam2 rencah kehidupan ditonjolakan disini..memang tak bosan nak baca...very enjoy this nove...i love it :)

Novel ni dah lama keluar sebenarnya tapi aku baru tergerak nak beli dan baca...nice story about percintaan adam dan hawa...konflik percintaan bermula bila ditangkap khalwat kerana sstu fitnah...cabaran dan dugaan yang dilalui oleh AIN HAWANI bermula zaman remaja sehinggalah meningkat dewasa..prpisahan yang sengaja untuk lari dari kekecewaan tapi mereka dipertemukan semula di mekah..hawa bertemu semula cintanya ADAM MUKHRIZ...dan seterusnya..emm nak tau beli la sendiri tapi citenya mmg best...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Khamis, Jun 18, 2009

AKHIRNYA.....


Akhirnya siap juga kerja tangan ku ini setelah beberapa bulan tertangguh walaupun tak le secantik mereka yang professionlnya janji aku yang buat sendiri tak payah beri upah kat orang...heheh..lepas ni baju sape lak yang jadi mangsa untuk testing power aku ni yang baru nak blaja2 jahit manik ni...heheheh....
aku namakan jahitan ni selingkar kasih...hahahah..sesuka hati aku je...
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Zaman Kanak-Kanak (dulu dan kini)

Zaman yang aku tk boleh lupa dalam hidup aku adalah zaman kanak-kanak...time tu hidup memang hepi je tak pernah nak pk masalah....gembira je walaupun wajah sentiasa comot tapi maintain comel..hehehe...pai tadi aku relax2 kat pantri ngan acik2 n kawan kat ofis ni..kat ofis baru aku ni memang best siskit bukan sikit tapi banyak bestnya...santai je bak kata kak tim gaya bebas...heheheh...relax la kat sini...dan teman2 ku disini mmg rajin masak..kadang nasi goreng la cekodok la mee goreng yang mana boleh memenuhi isi perut kami...alhamdulillah rezeki..besela bila dah lepak kat pantry ni macam cite yang kuar dan terkeluar imbasan kenangan zaman kanak2..emmm nakal juga acik normah ni...hebat2 die...lasak memang style budak kampung....panjat pokok la,main guli main getah..macam2 la main tradisional....aku bese gak main benda ni lagi bila time2 cuti sekolahkan..konda kondi,galah panjang,teng teng,baling selipar,bola chop,main masak2 pun ada main kawin2 pun ada....gamaknya bermacam2 la yang akan kami mainkan untuk menghabiskan waktu cuti sekolah aku dulu...sampai 12 tahun aku dikirakan agak lasak dan tak reti duduk rumah...sampai kene kuarantin tapi heheheh..menyeludup la nak masukkan...dan aku rasa kawan2 aku yg lain macam aku juga...tapai tak macam bebudak sekarang ni..agaknya bila aku sebut nama permainan ni pun depa tak tau nak main..pelik agaknya bila aku sebut...yang bebudak ni tahu pegi cc main game takpun duk kat umah main game...kalau aku tgk budak2 kampung aku sekarang naik motor je la..preng sana preng sini walaupun baru sek rendah...dah takda suasana masa zaman aku kcek2 dulu...ye la dunia teknologi yang kadang boleh juga merosakkan fikiran budak2 zaman sekarang yang menyalahgunakan benda2 tersebut...emm itulah dinamakan perubahan...perubahan hidup...tapi satu hari aku nk ajak anak2 aku main permainan tradisional ni yang mesti dipelihara baka kata pepatah tak luput dek zaman cuma kita laha yang kena pelihara dan meneruskannya....apapun zaman kanak2 la yang paling terindah dalam hidup andai kata masa dapat diputarkan aku nak je jadi kanak2 sepanjang masa...seronoknya,....tapi tak mungkin itu yang akan terjadi...usia akan bertambah dan sememangnya kehidupan kita didunia ini semakin singkat sebenarnya...jadi hargailah apa yang kita ada dan jadilakan lah kenangan sebagai satu memori indah dalam hidup kita dan bolehlah kita ceritakan kepada anakcucu kita kelak....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Jun 12, 2009

Doa Seorang Kekasih

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintaNya padaMU
Agar bertambah kekuatanku untuk mnenyintaiMU

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya bertaut padaMU
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid dijalananMu

Ya Allah,
Jika Aku menikmati cinta KekasihMu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat disepertiga malam terakhirMu

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada KekasihMu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu
Jangan biarkan aku melampau batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepadaMU...amiin..

Doaku moga kita sama-sama berjaya didunia dan akhirat
Berjaya dalam mengharungi dugaan dan cabaran
Yang sememangnya menguji kekuatan iman
Kerana tapak iman itulah yang menemukan
Cinta yang selama ini telah hilang...

Aku yakin dengan janji Allah
Aku yakin dengan dirinya kerana Allah
Aku yakin bisa menjadi sayap kirinya untuknya
Aku percaya dia mempercayai diriku
Aku percaya dan yakin apa yang telah Allah catatkan untukku
Semoga aku sentiasa berada dalam lindungan dan keberkatan Allah swt


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 08, 2009

KENDURI

Dua hari aku berulang ke Kg Sawah Banting(tapi tak pernah plak aku nampak sawah kat situ)...ada kenduri..4 in 1 punya kenduri...berkhatan,sambut menantu,cukur jambul dan sambut hari jadi mak long ku yang tersayang...3 hari 3 malam buat kenduri...mak aih....jenuh ko...letih memang letih tapi kene juga pegi keje....yang kelakonya alang jamak jadi nenek muda dan tak pasal2 aku and sepupu yang lain secara tak langsung jadi nenek muda...huuuhuu...dah lamanya sebenarnya rumah mak long tak buat kenduri besar-besaran macam ni last sekali tk silap aku masa kenduri alang jamak la...dulu kecik2 aku suka datang rumah mak long...seronok...dulu rumah mak long rumah atas...sejuk je..cuti sekolah mesti datang sini dengan sepupu2 aku..datang dengan wan..naik bas je...rasa cam dah best sangat la time tuh...ade pokok kopi..petik buah kopi..bila musim durian lagi meriah..tunggu buah durian gugur..dan buah durian mak long memang meletop..malam2 tido mesti berimpit2 nak tido nagn wan takut dengar bunyi burung hantu dan tekukur malam2 buta...paling best rumah mak long ade kolah besar...emm rasa nya berendam..bleh mandi ramai2 dalam bilik air...tapi yang tak best jamban kat luar...adess la hai...malam2 nak kuar aku sanggup tahan sampai ke lagi..aku ingat lagi dulu umah mak long tekanan air memang kecik..so bila ada kenduri emm masalah air lah timbul...bab mandi ni takde la masalah sangat tapi bila nak qadha' hajat yang besar tuh..nak tau inisiatifnya apa...heheh..nak cite pun geli..korek tanah sedalam beberapa kaki aku pun tak tahu..hah seterusnya fikir la sendiri..aku mmg sanggup le tunggu sampai balik umah...tapi semua dah berubah mengikut peredaran zaman paklong pun dah takde..rumah tinggi,kolah besar semua dah takde...jadi bila kenduri kali ni aku jupa la semula insan2 yang dah lama tak jupa..yang dah berbelas tahun tak jupe bila jupe dah besar panjang je..emm..semua berubah..kehidupan berubah wajah pun berubah..tapi yang aku kagum tuh kat sini masih ade lagi joget lambak..maik aih punya lah meriah malam tadi..sampaikan makcik2 pakcik2 dan sepupu aku berjoget tunggang langgang stepnya..yang best ada plak pertandingan couple yang menari dan along jamil dan isteri dapat no 2..memang tak sangka ko..agogo lagi..heheh...saja la kot nak suka2..tapi aku perhatikan enjoy betul diorang ni seolah2 macam takde masalah...aku melihat dan kadang tergoyang2 juga kaki aku ni..sampai ada yang tarik aku menari weiii tolong la,,tak hengen aku...tapi aku bersyukur sebab majlis berjalan dengan lancar...seronok kami bila sesekali berkumpul camni yela kadang2 ada sedara mara yang aku tak kenal aku leh kenal...sebab aku akan tanya mak kalau aku tak kenal..ye lah nanti berselisih bahu pun kita tak kenal...dan mak long menyambut hari jadi yang ke 63..seronok mak long..senyum je die..ceria air mukanya...aku tau mak long seronok bila berkumpul dengan adik beradik dan anak2 buahnya yang sememangnya kecoh tak habis...dah tua mak long aku rupanya...jelas kelihatan kedut diwajahnya..tapi maintain suka buat lawak...apapun aku bahagia punya keluarga seperti ini..hubungan kami memang erat antara satu sama lain..kalau orang lain familiy hanya merangkumi ibubapa dan adikberadik tapi bila orang tanya aku aku akan kata family aku memang besar sebab bila sebut pasal family bagi aku bukan sahaja makbapa dan adik beradik aku sahaja tapi termasuk la mak dan pak sedara sepupu sepapat aku...because we are very close each other...I love my family very much n kenduri kali ni memang best semua sporting....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Hati Yang Luka


Akhirnya aku selesai membaca novel ni walaupun banyak yang menghalang aku tuk menghabiskan...veri touching this story and i like all the novel from Norhayati Berahim....ape yang aku suka tentng novel ni adalah watak WIDAD yang tabah,tenang dan sabar dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidupnya dalam mempertahankan maruah ibu bapanya...dan dalam menghadap seorang lelaki yang penuh keegoaan dan hidup memandang darjat dan kdg2 dalam hidup ni apa yang tak sangka terjadi akan terjadi...mungkin dulu kita tak hengen tuk bercinta dengan orang tuh tapi tiba2 je itu la yang kita gilai...lagi satu penulis menyelitkan unsur agama dan nasihat2 serta kata2 yang aku kira bleh gak membuatkan otak aku berfikir dan adakalanya memberi jalan kepadaku..banyak yang aku pelajari dari watak bernama WIDAD ni...heheheh..apapun cerita ni memang best and this novel is the best seller from NB novels....
Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Jun 03, 2009

Pameran Buku READMALAYSIA'09

Semalam aku pergi pesta buku kat MIECC,Mines Resort City...ni kira aku qadha' yang aku tk dpat pergi masa pesta buku kat PWTC ari tuh..mmg aku frust gile..so disebabkan dah dekat ngan tempat keje so by hook or by crook i must go there whatever happen...macam nk pergi berjuang pula...nasib ada teman yang ingin menemaninya...yela bukan semua orang suka pergi ke exhibition ni...lagi2 pasal buku..sebab aku tahu ramai rakyat malaysia yang agak kureng budaya membacanya..tak tau la budaya ilmu kat negara kita ni tak berapa nak ke hadapan tapi kalau budaya yang ntah apa-apa tuh cepat je nak mengikutnya..pelik aku..tu lah manusia akhir zaman benci kepada ilmu tapi mengagungkan benda yang tidak bermanfaat dan tak berfaedah..aku semua jenis buku aku baca..cuma target aku kat pesta buku ni semestinya novel dan buku untuk kanak2..emm banyak buku yang aku nak beli dan banyak yang menarik tapi kang over budget plak ni pun aku terlebih beli..aku beli 4 novel..dan yang paling best aku dapat cari novel Norhayati Ibrahim..aku memang admire penulisan dia..rupa2nya dah buka publisher sendiri so novel dia terbitkan sendiri kalau tak dia publisher novel dia dulu kt creative or Alaf21...emm tak sabar aku nk habiskan novel ni...yang paling seronok tuh aku dah mempengaruhi temanku untuk membeli buku walaupun takdepun dalam perancangan dia..ahaks...dia kata pilihan ni untuk membeli atau tidak..hehehe..beli juga akhirnya..tapi bagi aku if guna duit untuk beli buku bukan rugi pun....cuma semalan pesta bukunya agak suram padahal time ni kan cuti sekolah...emm tak tau la sebab mungkin waktu bekerjakan...tapi memang la tak happening macam kat PWTC.Kalau kat PWTC berhimpit-himpit..nak jalan pun susah...tak tau la ek kurang promosi ape ke..tapi rugi gak..sebab ada buku yang susah nak cari dipasaran manalah tahu ada kat sanakan...dan aku menunggu untuk pesta buku di SHAH ALAM pula...SHAH ALAM i'll be coming....


Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Jun 01, 2009

JAWI....

Tadi aku ke ofis depan tuk melunaskan tugas aku yang bagaikan ceti ni..emm pepagi lagi budak ni dah menunggu aku di ofis..terkejut aku tiba2 je mamat sekor ni tunggu aku dlm bilik...kureng asam betul..terus berubah mood aku...takde sivik tul..dah tau aku takde sesuka hati je dok dalam bilik aku ni...walaupun aku tk kisah orang keluar masuk bilik aku tapi aku cukup tak suka bila aku takde suka2 je nak duduk kat bilik aku...ape la mamat sekor ni..nak kata aku ok ngan die tak pula...tu la manusia ni bila kita tunjuk baik sikit mulalah nk lebih2..rimas aku...lagi sekali die buat macam tuh memang nak kena sound tak reti hormat my privacy...
Sementara pegawai membuka pintu bilik kebal kami aku duduk sesantainya membaca surat khabar..selak punya selak emm biasala tajuk-tajuk dalam akhbar ni...ada yang menarik ada yang tak menarik....selak-selak lagi helaian demi helaian..dan aku tertarik dengan bahagian yang menggunakan tulisan jawi...wahhh..dah lama aku tk baca dalam tulisan jawi ni...nak test power la masih lancar tak aku membaca jawi...emm dah tu tajuk yg aku suka lak ni pasal si chin peng pengkhianat bangsa dan negara...panjang juga artikel ni dan alhamdulillah aku masih lancar membaca jawi....aku tau ramai anak-anak muda yang tak berapa minat untuk membaca jawi apa tah lagi untuk belajar samada menulis atau membaca...walhal tulisan ni la tuk nenek kita gunakan untuk menulis surat ke apa ke...dan aku bangga dengan satu surat khabar ni yang masih membudayakan dan memartabatkan tulisan jawi dalam ruangan akhbar mereka..satu usaha yang patut mendapat pujian...dulu aku paling suka masa kat sekolah bila ada subjek IMLA' atau ejaan...seronok tul...biasa dapt markah penuh...tulisan jawi ni dah berdekad lama digunakan dari zaman2 kesultanan melayu melaka lagi...ingat tak batu bersurat kan tulis dalam tulisan jawi...buku-buku karya penulis dulu-dulu,kitab-kitab pengajian semua dalam jawi...kadang memalukan pula ada bangsa asing yang boleh membaca jawi tapi kita emmm pandang dan tengok je la...paling aku suka bila aku tahu tulis nama aku dalam tulisan jawi masa tu rasa bangga je...emm aku harap tulisan jawi ni tak akan dilupakan dan seharusnya anak2 kita di ajar dan pandai menulis dan membaca jawi....yang aku pelik ada juga yang tak reti baca jawi sebab dulu ada subjek yang menggunakan bahasa jawi tak silap aku buku teks pendidikan islam tapi tak tau la aku kalau sekarang semua dah buat dalam tulisan rumi...sebab aku ada pengalaman masa jadi cikgu sekejap ada anak murid aku tak reti baca jawi aku tanya macam mana boleh jawab exam mereka jawab ada dwi bahasa dan boleh buat dalam tulisan rumi..aku pun tak ingat sebab dulu aku memang jawab dalam bahasa jawi kalau subjek yang berkaitan dengan pendidikan islam ke ape ke..emmm kiranya mereka ada pilihan...rugikan sebab ini adalah satu kelebihan dan kemahiran yang ramai orang biarkan tanpa diasah minat untuk meneruskan dan akhirnya dipinggirkan..syukur aku dan adik beradik aku fasih dan lancar dalam menulis dan membaca jawi ni...aku tau ada kebanyakan ibu bapa yang memandang lekeh dan rendahnya tulisan jawi ni...emm yang sebenarnya mereka tu yang bodoh tak boleh diajar...kat televisyen aku tengok ada pulak anjuran pertandingan ejaan untuk bahasa inggeris ntah anjuran sape aku tak ingat..punyala bangga dan terlonjak2 mak bapa bila anak2 dapat menjawab soalan tuh...hadiah pun hebat-hebat juga tapi tak pernah pula ada pertandingan ejaan untuk JAWI ni kan...atau aku terlepas pandang...tak tau la pula aku..aku harap satu hari nanti ade la pertandingan seumpama ini..sebenarnya tak susah untuk kita mengekalkan sesuatu yang berharga asalkan ada usaha dan jalan...seperti kita berusaha bersungguh-sungguh dalam memelihara bahasa melayu kita sendiri...dan aku harap tulisan jawi ini tidak dipinggirkan dan masih ada usaha untuk mengekalkan dan memeliharanya serta dapat menarik minat ramai lagi generasi muda untuk belajar jawi ni...insyaAllah..

Khamis, Mei 28, 2009

Chin Peng dan Malaysia

Aku saja je nak feedback isu bodoh ni...entah sape la yang bagi cadangan ataupun yang merelakan si pengganas ni untuk kembali semula ke Malaysia...memang la takde jiwa pencinta negara@patriotik...tak tahu sejarah Malaysia ke atau tak pernah belajar sejarah...ingat lagi nenek aku cerita kejam tak kejam nya manusia yang sealiran dengan chin peng ni...betapa zalimnya si chinpeng lahanat dan PKM membunuh sesuka hati...ya Allah kejamnya...dan aku mmg benci sesape je yg sepuak dengan dia ni...Emm isu yang sensitif tapi lagi sensitif lagi hati dan jiwa insan-insan yang pernah menjadi mangsa si chin peng and the geng...lagi satu if dibenarkan kan musuh negara ni kembali seoalah-olah kita tak menghargai pengorbanan dan susah payah askar melayu kita menentang komunis seketika dulu...nyawa terkorban malah saudara mara,sahabat handai,anak dan isteri terkorban jadi manakah kepekaan kita yang sewenang-wenangnya membenarkan si chin peng ni kembali ke Malaysia baut semak mata dan sakit jiwa je...tak terifkir ke yang dia ni bawa banyak keburukan..ish panas tul hati aku ni..mujur la Menteri Pertahanan kita mempertahankan dan tidak bersetuju si chin peng ni masuk semula ke negara kita..walaupun dia dah tua tapi tak mustahil dia ni ada agendanya sape yang tahu...dan pagi tadi di radio aku dengar perdana menteri juga menyatakan tidak setuju dan sama sekali tidak menyokong si chin peng ni kembali ke malaysia..kalau kerajaan malaysia nak tunjuk baik sekalipun emm tak payah la bagi pengganas,pembunuh dan segala yang jahat masuk malaysia semula...ramai lagi yang boleh dibantu..biar la dia nk merempat kat mana pun...nak tunjuk keperimanusiaan pun pada yang layak bukan macam si CHIN PENG ni...musuh negara tetap sampai mati musuh negara....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Rabu, Mei 27, 2009

Terlepas dan Melepas.....

Bengang aku ari ni...tadi nak pi keje aku melihat sesuatu yang menarik dan tertarik...alahai dah le terlambat ari ni time2 cam ni plak benda ni ade then cam tau2 je br dpt gaji...emm tapi aku pelik juga tak pernah plak ade bende ni...dari mana plak datang lori ni..sape punya ek...aku ni mmg minat bila npk benda2 dari ROTAN ni tapi idok le sampai mencari ke dalam hutan...tapi nape lak die jual pepagi buta kat kawasan pasar ni...nape le tk jual pepetang buta ke..alahai terlepas aku dan melepas aku...banyak pula tuh satu lori di bawanya...dari mana yekk..tak sempat pula aku nak menemuramah si penjual almaklumla dah terlambat bangat ni...ni kalau mak aku tengok ni mau diborong nya..mesti harga die ok dan berbaloi..sampai ke ofis ni aku terbayang2 lagi...sedey tul aku...hish frust aku..harap2 lain kali lori ni datang lagi...
emhh banyak benda yang aku terlepas secara sengaja ataupun tidak sengaja...dan kadang2sengaja aku melepaskan demi sebuah kebaikkan...dulu ada peluang pergi belajar ke oversea tapi aku lepaskan alasan taknak tinggalkan makabah...dulu ada peluang untuk kerja lama di kementerian kesihatan aku lepaskan tapi tanpa kerelaan disebabkan manusia2 disekeliling yang memeningkan otak dan jiwa aku...dulu ada peluang bertemu dengan insan2 yang baik aku lepaskan tanpa alasan...dulu ada peluang jadi anak bongsu melepas juga coz tiba2 je adik aku lahir..heheh...banyak la benda2 dan perkara aku lepaskan...dan kadang2 aku lepaskan demi sebuah pengorbanan dan ingin melihat insan2 disisi aku bahagia dan gembira...dan perkara yang paling besar aku lepaskan dalam hidup ialah....melepaskan diri aku dari sebuah kekusutan demi mencari ketenangan dan kebahagian..dan aku berharap aku akan temuinya satu hari nanti...cuma aku sentiasa berharap agar aku tidak terlepas dari perhatian dan kasih sayang Allah untuk aku....dan yang pasti semalam aku tak terlepas rancangan kegemaran aku..hehheh...don't miss it but i miss u:)....

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Isnin, Mei 25, 2009

Pertemuan dan Perpisahan

"Pertemuan kita disuatu hari,menitikan ukhwah yang sejati,bersyukur kukehadrat Ilahi diatas jalinan yang suci.Namun kini perpisahan yang terjadi,dugaan yang menimpa diri,bersabarlah diatas suratan kutetap pergi jua....."

Setiap pertemuan ada perpisahan...begitulah lumrah dan kejadian serta putaran yang telah dijanjikan Allah swt untuk makhluknya didunia ini...Tapi jika kita menghargai sebuah pertemuan dan meredhai akan sebuah perpisahan maka tidak mustahil untuk kita bertemu lagi kerana Allah...Petang tadi ada mesyuarat dengan sahabat2...terasa akrab persahabatan terjalin seperti waktu sekolah2 dulu...tapi agenda utama mesti didahulukan....betapa aku melihat komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh sahabat2ku tanpa kompromi dan aku tahu mereka memikul amanah,tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan dengan sebaik mungkin....walaupun kebanyakannya sudah berkeluarga,duduk jauh dan kerja jauh tapi sahabat2ku sanggup meluangkan masa.,.dan bukan setakat masa sahaja tapi siap belanja lagi rojak mamak...itulah part yang paling best memenuhkan perut ku ini...terharu dan bangganya aku mempunyai sahabat...agenda utama selesai dan setiap tugas dan tanggungjawab mestilah dilaksanakan dengan sebaik mungkin...sebenarnya aku tak lah terfikir yang perjalanan alumni ini akan bergerak sejauh ini...tapi alhamdulillah...aku bersyukur kerana ramai sahabat2ku yang mahukan alumni kami menjadi pemangkin ataupun wadah untuk kami berhubung antara satu sama lain..doaku biarlah ikatan ukhuwahfillah ini akan kekal dunia dan akhirat...bukan mudah untuk memulakan semua ini tapi sekali ianya sudah bermula biarlah akhirnya menjadi sesuatu yang baik...
tapi tu la kan bila aku lihat sorang2 wajah sahabat2ku tadi terimbau semula kenangan di zaman persekolahan...bukan aku je rasanya...masing2 la teringat kenangan masa belum jadi mak2 n bapa2 orang ni....ade yang dulu pendiamn skema sekarang dah coollll...dulu yg dok suka tersenyummmmm je pun sekarang masihhhh suke tersenyum...dulu yang kalo kita lihat macam tak leh je masuk budak ni dgn aku tapi sekarang bolehhh jerr...dulu nakal now dah baik..ade yang dulu kecoh jadi pendiam plak skrg...tapi aku n the geng camtuh la juga...kecoh dimana2 tapi stilll control ayu beb...bak kata seorang sahabatku.."tengokla tu,4 org je peremapuan kat sini tapi macam 10 orang"..kalao takde kami tak berseri la nanti..heheh..tu lah namanya kehidupan...roda masa terus berputar..ade yang berubah ada yang camtu gak tapi apa yang penting 'KERJASAMA"...
Berat dah biji mataku ni..nak melabuhkan tirainya...apapun terima kasih kepada sahabat2ku yang hadir petang tadi...u all the best n i luv u all mu frensss...

"kita berpisah selalu menderita,kerana ujian dan juga takdirnya,bertemu berpisah kerana Allah,bertemu dan berpisah pasti ada kemanisannya"




Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

Jumaat, Mei 22, 2009

Kesepian dan Kesunyian

Sepi....rasa sepi pula ofisku kini...dilewat rembang petang nan merah masing-masing punctual baliknya..almaklumlah esok cuti...kalau bleh sebelum waktu punchkad terpacak untuk punch out...emm aku jarangnya nak balik awal...seawal pun 5.45petang..entah berat untukku melangkah pulang..kulewati kesepian di ofis dengan kelaparan perut yang tak sempat diisi..adess laparnya....dan aluanan muzik yang ku layan tuk halwa telinga ku ini agar hilang sedikit kebosanan...dan..kesepian...sepi ke aku...ntah aku pun tak tahu...tapi apa yang aku tahu aku memang suka tengok citer SEPI...touching beb...macam kehidupan aku plak...ahaks....
Kesunyian...bila dah sepi tu of course le sunyi...emm ...kadang2 aku perlukan kesunyian dan kesepian itu untuk diriku sendiri...time untuk bertenang dimana aku tak mahu diganggu....dan bila dah sunyi sepi maka senanglah untuk ku melelapkan mata...ehhhe...tido la gamaknya..tapi kadang-kadang tak semestinya bila sepi kita sunyi dan bila sunyi kite sepi...ada masanya keliling kita ni hiruk pikuk dengan manusia2 tapi kita tetap akan rasa sunyi dan sepi...nape le gamaknya..masalah jiwa la tuh..aku pun kekadang ade gak berhadapan dengan masalah macam tuh...
Dan sebenarnya bila aku dalam keadaan begini aku suka ditemani...tak kira la dengan sape pun..kengkawan ke mak ke angah ke anak2 ku ke..sesape jelah...dgn ikan kat kolam bapa aku tuh boleh jadi peneman aku dikala sunyi dan sepi...baik tak baik ikan2tuh terpaksa mendengar omelan2 ku...dan yang pasti bila aku sepi sunyi ni aku akan terkenangkan dan teringatkan seseorang paling dekat dihatiku...dan aku doakan dia sentiasa dilindungi oleh Allah...dan Allah permudahkan urusannya...insyaAllah..
Aku pun nak balik juga ni teringat pesanan emak untuk belikan sesuatu..dan aku juga berharap aku akan sentiasa mengisi kekosongan emak abah supaya mereka tak sunyi dan sepi bila dah tua nanti....semoga Allah memberikan aku kesempatan itu...insyaAllah...

Hidupku Matiku Hanya Kerana Allah swt

IMPIAN HAMBA